BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

ahlan wasahlan



Friday 5 August 2011

JENAZAH ADAM A.S DIURUS MALAIKAT

Adam a.s merupakan manusia yang pertama yang diciptaka oleh Allah. Allah swt telah menciptakan Adam dengan tangan-NYA (Kekuasaan-NYA), menempatkannya di syurga,memerintah kepada para malaikat untuk sujud kepadanya, mengajarkannya seluruh nama dan mengutamakannya dalam kalangan para malikat.

Iblis dikeluarkan dari syurga tatkala ia menolak untuk sujud kepada Adam, da kerana itu Allah swt melaknat iblis. Adam a.s manusia pertama yang memuji Allah. Baginda juga adalah manusia pertama yang diberi keampunan oleh ALLAH swt.

Setelah kematian anaknya Habil, Adam a.s meneruskan kehidupanya dan baginda dikurniakan anak-anak yang lain. Baginda mengajar mereka syariat yang dibawanya.

Adam a.s menyumbangkan umurnya untuk anaknya yang bernama Daud selama 40 tahun, sedangakn umur Adam a.s yang Allah tentukan ialah 1000 tahun.

Seperti yang diceritakan daripada Abu Hurairah, tatkala malaikat maut hadir untuk mencabut rohnya,
Adam berkata : " aku masih ada baki umur selama 40 tahun."
Malaikat maut menjawab : " bukankah engkau telah memberikannya kepada anak mu Daud?"
Adam berkata :" Aku tidak melakukannya dan aku tidak memmberikan apa-apa pun." (Riwayat al-Tirmizi)

Lalu Allah swt menurunkan buku catatan dengan besaksikan oleh para malaikat. Dalam buku itu tercatat Adam diberi umur 1000 tahun serta menggenapkan umur 100 tahun kepada Daud. (Riwayat al-Tabrani)

Ketika adam merasakan ajalnya semakin sampai ,baginda berpesan kepada anak-anaknya : "sesungguhnya aku sangat menginginkan buah syurga." Lalu anak-anaknya mencari buah tersebut da para malaikat menemui mereka dengan membawa kain kafan yang berasaldari syurga.
para malaikat berkata : " kamu semua mahu ke mana?"
mereka menjawab : "bapa kami sakit dan sangat menginginkan  buah syurga."
para malaikat berkata :" pulanaglah kamu semua! bapa kamu telah meninggal dunia."

Mereka pun kembali dan para malaikat memandikan Adam, mengapankannya, menggali lubang kubur untuknya da setelah itu menguburkannya.

Para malaikat berkumpul untuk menyembayangkan jenazah Adam dengan melakukan takbir sebanyak empat kali.
Mengenai temapt dimakamkan Adam a.s, para ulama dan ahli sejarah berbeza pandangan. Namun yang terkenal ialah pandangan bahawa adam dimakamkan di wilayah pergununga yang sama sewaktu baginda diturunkan ke dunia iaitu di India. ada juga yang mengatakan di Jabal Abi Qubais di Makkah. Menurut Ibn Jarir, ketika belakunya banjir besar pada zaman Nabi Nuh a.s, jasad Adam dan Hawa diangkut ke dalam peti dimakamkan di Baitulmaqaddis.  

WALLAHU A'LAM...

0 comments: